pencil

Dr. Abdullah Yasin, Ulama Besar Malaysia Asal Indonesia (Bag. 1)

KELAHIRAN DAN KETURUNANNYA :

Dr. Abdullah bin Yasin bin Elyas  dilahirkan di Pulau Terong, Kelurahan Pulau Terong, Kecamatan Belakang Padang, Batam, Propensi Kepulauan Riau (KEPRI) – Indonesia, pada 5 Sya’ban 1366H bersamaan dengan 5 Julai 1946, jam 11 malam Jumaat.

Ayahnya Muhammad Yasin, seorang pedagang kecil dan beliau adalah satu-satunya anak hasil perkahwinan antara Elyas dengan Rahimah. Datoknya Elyas juga seorang pedagang dari Singapore dari suku bangsa India yang negeri asalnya dari Calcutta, India. Beliau berniaga kain di pulau-pulau berhampiran Singapore, termasuklah pulau-pulau di sekitar Batam, yang kemudian kawin dengan salah seorang gadis Melayu kepulauan Riau yang bernama Rahimah.

Ibu Dr. Abdullah Yasin ialah Fatimah binti Haji Abdul Ghani. Tuan Haji Abdul Ghani termasuk salah seorang ulama’ terkenal di Kepulau Riau pada zamannya. Dan karena kealimannya dan kekhusyu’annya dalam beribadat sehingga beliau dikenal dengan panggilan Haji Kosok yang berasal dari perkataan Khusyuu’. Fatimah adalah salah seorang anak perempuan Hj. Abdul Ghani (Haji Kosok) hasil perkahwinan beliau dengan gadis Melayu tempatan yang bernama Halimah.

PENDIDIKANNYA :

Abdullah Yasin Elyas sejak kecil lagi sudah mendapat dua aliran pendidikan, iaitu umum dan agama. Paginya belajar di Sekolah Dasar Negeri dan sorenya di Madrasah Ibtidaiyah Al-Hikmah. Selanjutnya pada umurnya 12 tahun, Abdullah Yasin mula belajar di luar kampungnya, iaitu : PGAP (Pendidikan Guru Agama Pertama) – (1962 – 1966) , di Tanjung Pinang ; PGAA (Pendidkan Guru Agama Atas) – (1966 – 1968) , di Pekanbaru – Propensi Riau.

 

KEMBARA PENDIDIKAN :

Disebabkan minatnya yang tinggi dan azamnya yang kuat untuk mendalami selok belok agama, tanpa paksaan orang tua – sebagaimana lazimnya pemuda pada zaman tersebut – lalu berkat kejayaannya meraih tempat tertinggi setiap ujian, maka beliau mendapat beasiswa dari pemerintah untuk masuk Universitas.

Adapaun pendidikan beliau pada tahap keserjanaan sebagai berikut :

  1. 1967-1970 : (BA) – IAIN (Institut Agama Islam Negeri) – Sultan Syarif Qasim – SUSQA – Fakultas Tarbiyah (Pendidikan) – Jurusan Ilmu Agama – Bahagian Bahasa Arab – Pekanbaru – Propensi Riau.
  2. 1970 – 1972 : (DRs) – IAIN (Institut Agama Islam Negeri) – Syarif Hidayatullah – Fakultas Tarbiyah (Pendidikan) – Jurusan Ilmu Agama – Bahagian Bahasa Arab – Ciputat – Jakarta.
  3. 1972 – 1976 : (Lc) iaitu (Al-Syaik) – Fakultas Da’wah Dan Ushuluddin – University Islam di Madinah – Saudi Arabia.
  4. 1976 – 1980 : (MA) – Ma’had Al’Aaliy Lil-Qadha’ – University Imam Muhammad bin Sa’uud – Fakultas Perbandingan Ilmu Fiqh – Riyadh – Saudi Arabia.
  5. 1993 – 1995 : (Phd) – American Coustline University – Islamic Study – Louziana – Amerika Syarikat.

 

P E K E R J A A N :

  1. 1980 – 2006 : Pendakwah di bawah Kantor Islamic Counsellor – Kedutaan Saudi Arabia di Kuala Lumpu – Malaysia.
  2. 2006 – 2009 : Dosen di IPTIPs (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis) – Sebagai Tenaga Pengajar Bantuan dari Kedutaan Saudi Arabia.
  3. 2009 – Sekarang : Pendakwah bebas

O R G A N I S A S I :

Sejak zaman mahasiswa lagi Abdullah Yasin turut bergiat di dalam organisasi mahasiswa. Antara jawatan yang disandang dalam organisasi mahasiwa ialah :

  1. Ketua HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) – Komisariat IAIN – Sultan Syarif Qasim (SUSQA) – Pekanbaru – Priode 1968 – 1970
  2. Ketua Biro Kaderisasi HMI (Himpunan Mahasis Islam) – Komisariat IAIN – Syarif Hidayatullah – Ciputat – Jakarta Selatan – Priode 1970 – 1972
  3. Ketua PPI (Persatuan Pelajar Indonesia) – University Islam di Madinah – Saudi Arabia – Priode 1974 – 1976.
  4. Ketua PPI (Persatuan Pelajar Indonesia) – University Islam Muhammad Bin Sa’ud – Riyadh – Saudi Arabia – Priode 1978 – 1980.

Setelah berkecimpung di dalam masyarakat, selain sibuk dengan tugas-tugas Dakwah Islamiyah, beliau juga aktif di dalam beberapa organisasi, antaranya :

  1. Ketua Umum Pertubuhan Kebajika Al-Nida’ Malaysia (AL-NIDA’) – Kuala Lumpur – Malaysia – Priode 2006 – 2008
  2. Pengerusi Majlis Syura GASMA (Gabungan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia) – Sejak 2017

 

KARANGANNYA : 

Selain sibuk dengan aktivitas dakwah setiap hari, namun Abdullah Yasin juga banyak menulis buku-buku agama, antaranya :

  1. Tafsir Al-Furqan – 15 Juz
  2. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah – 3 Jilid
  3. Ke Arah Memahami Al-Quran Dan Al-Hadis – 5 bJlid
  4. Hakikat Dua Kalimah Syahadat
  5. Pedoman Solat
  6. Pendinding Dari Gangguan Syaitan
  7. Pedoman Solat Musafir
  8. Pedoman Sujud
  9. Munajat Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Terjemahan)
  10. Rawatlah Diri Anda Dengan Al-Quran (Terjemahan)
  11. Kebatilah Aqidah Syiah (Terjemahan)
  12. Manhaj Tafaqquh Fee Al-Din (Terjemahan)
  13. Wirid Rasulullah SAW Pagi Dan Petang
  14. Himpunan Solat Sunat Nabi SAW
  15. Al-Asmaa’ Al-Husnaa :
  16. Perangi Syirik
  17. Bahaya Syirik
  18. Pedoman Ibadat
  19. Koleksi Doa Dan Zikir
  20. Haji Dan Umrah : Ringkas Dan Tepat
  21. Smart Ramadhan : Puasa Yang Sempurna
  22. Bahaya Sihir ‘Ain Dan Cara Merawatnya.
  23. Konci Murah Rezki
  24. Tafsir Surah Al-Fatihah
  25. Tafsir Surah Al-Kahfi
  26. Tafsir Surah Yaasin

 

CD & KASET :

Selain menulis buku juga membuat membuat rakaman Tafsir Surah-Surah Al-Qurandalam bentuk Kaset dan CD / DVD, iaitu :

  1. Al-Fatihah
  2. Al-Kahfi
  3. Al-Mulk
  4. Al-Sajdah
  5. Al-Waqi’ah
  6. Al-Fatir
  7. Al-Rahman
  8. Al-Ahzab
  9. Yasin
  10. Al-Hujurat
  11. Al-Dukhan
  12. Al-Munafiqun
  13. Luqman
  14. Al-Zumar
  15. Al-Ra’d
  16. Maryam
  17. Al-Mu’minun
  18. Al-Nur
  19. Al-‘Ankabut
  20. Fushshilat
  21. Al-Jatsiyah
  22. Al-Hadid
  23. Al-Tahrim
  24. Al-Jumu’ah

 

[* Judul dari tim redaksi]

Tentang Penulis
Dr. Abdullah bin Yasin
Dr. Abdullah bin Yasin
Pendidikan : BA - Pendidikan (1970) Institut Agama Islam Pekan Baru Indonesia.
LC - Dakwah Dan Usuluddin (1976) Universiti Islam Madinah Arab Saudi.
MA - Perbandingan Ilmu Fiqh (1980) Universiti Imam Mohammad Ibnu Sa'ud - Riyadh - Arab Saudi.
PhD - Islamic Study (1994) American Coasaline University New Orleans, Lousiana

Lihat Semua Tulisan Dr. Abdullah bin Yasin ›