pencil

Dr. Abdullah Yasin, Ulama Besar Malaysia Asal Indonesia (Bag. 2)

KEGIATAN DA’WAHNYA

 

MUKADDIMAH

Bagus juga dimaklumi bahwa terdapat beberapa ciri-ciri khas pegangan agama umat Islam di Nusantara atau Asia Tenggara khasnya Malaysia, antaranya :

  1. Pada umumnya pegangan agama umat Islam di Malaysia ialah, Aqidah : Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang cenderung kepada mazhab Asya’irah Maturidiyah ; Fekah : Mazhab Syafi’i ; Akhlak atau Tashawwuf : Al-Ghazaliy.
  2. Ketua Agama dipegang oleh Ketua Negeri atau Wilayah masing-masing iaitu para Sultan atau Raja kecuali beberapa wilayah yang bukan diperintah oleh Sultan atau Raja tetapi oleh Ketua Menteri, seperti Pinang, Melaka, Sabah dan Serawak. Untuk wilayah-wilayah tersebut urusan agama langsung ditentukan oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang berkedudukan di ibu kota Kuala Lumpur.
  3. Juru dakwah tidak dibenarkan menyampaikan Dakwah Islamiyah di mana-mana dalam Malaysia kecuali setelah mendapat restu atau izin khas dari pihak berkuasa negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri. Mereka mesti mendapat Tauliyah terlebih dahulu sebelum berdakwah yakni izin khas untuk mengajar agama.
  4. Tauliyah atau izin khas tersebut hanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri masing-masing wilayah setelah melalui interview (temu duga) atau muqabalah syakhsiyah. Kelulusan temu duga sangat menentukan kelayakan seseorang untuk mendapat atau sebaliknya Tauliyah atau Rukhshah Mengajar Agama tersebut.

 

CABARAN DAKWAH

Walaupun saya sudah lalui secara formal pendidikan agama dari pelbagai disiplin ilmu agama seperti dalam bidang Tarbiyah (pendidikan) Islamiyah, bidang Dakwah, Ushuluddin (Aqidah) dan Perbandingan Ilmu Fiqh, namun tidak pernah lulus dalam temu duga untuk mendapatkan Tauliyah, walaupun tidak kurang daripada enam kali mengikuti interview di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Jabatan Agama Islam di setiap Negeri sentiasa memantau perjalanan dakwah para du’at, apakah kandungan dakwah selaras dengan pegangan Negeri atau bertentangan. Semua masjid dan musalla dikuasai sepenuhnya oleh Jabatan Agama Negeri. Para du’at yang tidak memiliki Tauliyah atau Rukhsah Khassah Mengajar Agama dilarang samasekali menggunakan masjid dan musalla serta fasilitasnya. Siapa yang ingkar boleh ditangkap dan boleh di bawa ke Mahkamah Syar’iyah Negeri masing-masing.

Saya pernah ditangkap oleh pegawai JAIS pada tahun 2016 ketika mengajar Tafsir Al-Quran di Seksyen 14 Petaling Jaya – Selangor, walaupun ketika itu saya mengajar di Dewan Orang Ramai, bukan di masjid dan juga bukan di musalla. Pegawai JAIS seramai tidak kurang 10 orang menggunakan beberapa mobil JAIS mengepong dewan tempat saya mengajar. Saya dikawal seperti penjenayah besar untuk selanjutnya di bawa ke Balai Polis Sea Park – Petaling Jaya untuk disoal siasat dan diambil kenyataan.

Saya tidak dibenarkan pulang kecuali jika saya dapat mengadakan seorang penjamin (garantor). Al-Hamdulillah, banyak yang bersedia untuk menjadi penjamin dari kalangan jamaah yang saya bimbing. Selanjutnya diperintahkan agar datang keesokan harinya ke kantor Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam untuk disoal siasat dengan lebih terperinci.

Keesokan harinya saya datang sebagaimana waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Ketika berhadapan dengan pegawai JAIS saya hanya diberi dua pilihan :

  1. Mengaku bersalah karena mengahar tanpa Tauliyah.
  2. Dihadapkan ke Mahkamah Syar’iyah untuk diadili.

Ketika itu saya bertanya kepada pegawai JAIS : Jika saya mengaku bersalah, apakah setelah ini saya dibenarkan mengajar agama di dalam Negeri Selangor ? Saya mendapat jawapan dari pegawai JAIS : Kamu tetap tidak boleh mengajar agama sehingga mempunyai Tauliayh. Dengan jawapan tersebut saya akhirnya mengambil keputusan : Sila hadapkan saya ke Mahkamah untuk diadili, supaya saya tahu pasti apakah kesilapan saya selama ini agar saya dapat perbetulkan kandungan yang selama ini saya ajarkan. Keputusan tersebut saya perlu ambil sebab sudah terbayang tidak bakal mendapat Tauliyah walau berapa kalipun muqabah syakhsiyah selagi pagangan pihak berkuasa seperti disebutkan di atas.

 

KE MAHKAMAH

Walaupun mengambil keputusan agar dihadapkan ke Mahkamah bukan suatu yang mudah, tetapi cukup memenatkan. Namun saya merasa perlu mengambil jalan tersebut supaya menjadi pengajaran bagi para du’at kepada Al-Haq (kebenaran) pada masa-masa mendatang. Saya diberitahu bahwa belum pernah seorangpun di Malaysia yang dihadapkan ke Mahkamah Syar’iyah disebabkan karena mengajar tanpa Tauliyah. Sebab pada umumnya, sesiapa yang ditangkap oleh pihak penguasa agama karena mengajar tanpa Tauliyah lebih suka mengambil jalan mudah iaitu mengaku bersalah. Ada di antara mereka setelah pengakuan lalu berhenti berdakwah dan mencari kerjaya (karir) yang lain. Dan ada juga di antara mereka yang terus berdakwah tetapi secara sembunyi-sembunyi.

Hampir setiap tiga bulan saya wajib datang ke Mahkmah Syariah di Jalan Othman – Petaling Jaya, untuk diadili. Sejak tahun 2006 hingga tahun 2011 tidak kurang 15 (lima belas) kali naik turun Mahkamah. Dan Al-Hamdulillah akhirnya pada bulan Ogos 2011 saya diputuskan oleh Mahkamah Syareah Petaling Jaya sebagai TIDAK BERSALAH.

 

AQIDAH DAN TAFSIR

Sebenarnya sejak awal lagi, yakni sekitar tahun 1985, setelah menyadari agak sulit mengajar subjek-subjek tertentu, khasnya fiqh karena Jabatan Agama Islam melarang mengajar fiqh selain Mazhab Syafe’i, maka saya terpaksa minta izin kepada kepada kantor tempat saya bekerja iaitu Bahagian Islamic Counsellor – Kedutaan Saudi Arabia – Kuala Lumpur – agar saya dibenarkan mengajar dua subjek saja, iaitu Tafsir Al-Quran Al-Karim dan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Al-Hamdulillah permohonan diperkenankan.

Dasar saya pilih dua subjek tersebut, ialah antaranya :

  1. Jika kita mengajar Tafsir Al-Quran seolah-olah kita telah mengajar semua subjek sebab dalam Al-Quran terdapat segalanya, apakah tentang akidah, fiqh, akhlak, sejarah, bahasa Arabnya dan lain-lain. Pokoknya Al-Quran adalah “All in One”.
  2. Aqidah adalah subjek yang paling utama mengatasi subjek-subjek yang lain. Aqidah bagaikan asas atau fondasi bagi suatu binaan. Segala ibadah boleh hencur jika tauhid atau Aqidah seseorang dicemari oleh syirik dan khurafat.

 

PENULISAN NOTA

Setelah lima tahun pertama 1980 – 1985 perjalanan dakwah saya selalu mendapat gangguan dari pihak berkuasa setempat sebab pendekatan saya mengajar agama agak berbeza dengan pendekatan para du’at yang lain. Saya mengajar pada jamaah dengan pendekatan dalil dan hujjah dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan pandangan para Mujtahidin yang muktabar, dan tidak terikat dengan pandangan para Ulama tertentu.

Bagi saya kita boleh bermazhab dengan mazhab tertentu tetapi dengan syarat tidak terlalu fanatic atau ta’assub. Kita dibolehkan mengambil mana pandangan yang lebih baik dan lebih kuat hujjahnya. Perinsip tersebut sangat bersesuaian dengan bimbingan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam firman-Nya:

فَبَشِّرۡ عِبَادِ ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ

Sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. ( Al-Zumar : 17-18 )

Mula tahun 1985 saya kuatkan azam dan tekad untuk menyediakan Nota Pelajaran setiap saya mengajar. Tujuannya ialah supaya masyarakat tahu yang saya bukan mengajar sesuatu yang sesat. Semua nota saya siapkan dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis serta pandangan para ulamak yang muktabar seperti pandangan para Salaus Soleh, Imam-Iman Mazhab yang empat, para Mufassirin dan Muhadditsin dan lain-lain.

Al-Hamdulillah, berkat kesungguhan dan pendekatan mengajar yang lembut dan istiqamah ( يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا ، قَرِّبُوا وَلَا تُنَفِّرُوا ) : Permudahkan dan jangan menyusahkan, rangkul mereka dan jangan buat mereka lari dari kamu ! Akhirnya dakwah saya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat, baik di kampong atau di kota, golongan tua atau golongan muda, khasnya mereka yang berpendidikan seperti para doctor, peguam, insinyur, dosen, mahasiswa.

Dan Al-Hamdulillah berkat ketabahan menghadapi ujian-ujian berupa fitnahan, tohmahan, dianak-tirikan oleh pihak Jabatan Agama, ditangkap, diambil tindakan Mahkamah, akhirnya pada hari ini saya telah berhasil membukukan puluhan buku agama dalam pelbagai topic, khasnya tentang Aqidah dan Tafsir Al-Quran. Kesemua buku itu sebenarnya adalah himpunan nota-nota yang saya tulis selama tidak kurang daripada 30 tahun.

Sungguh tepat apa yang Allah gambarkan di dalam surah Al-Asr. Syarat untuk mendapat keberuntungan dan terhindar dari kerugian ada empat : Imam, Amal Soleh, Dakwah dan Sabar.

وَٱلۡعَصۡرِ  إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ  إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Demi masa.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. ( Al-‘Asr : 1-3 )

 

KEGIATAN SESUDAH PENSIUN

Aktibiti sesudah pensiun : 2009 – 2017

  • Membuat Majlis “Tafaqquh Fee Al-Deen Al-Furqan”.

Disebabkan kesusahan untuk mendapat tempat di masjid dan mushallah sebagai tempat untuk mengajar, lalu saya usahakan –  dengan bantuan jamaah – untuk membeli satu ruko dua tingkat untuk dijadikan sebagai pusat kegiatan dakwah. Pusat ini saya namakan dengan “Majlis Tafaqquh Fee Al-Deen Al-Furqan”.

  • Membangun Sekolah Terpadu El-Yasin di Batam.

Al-Hamdulillah kirin sudah terbina sebuah sekolah agama di Batam – Indonesia,  yang saya namakan dengan : Sekolah Islam Terpadu El-Yasin. Tingkatan Sekolah Dasar (SDIT) danTingkatan Sekolah Menengah Pertama (SMPIT).  Al-Hamdulillah, murid SD dan SMP sudah mencecah 300 murid lebih.

  • Membangun Masjid Fatimah Al-Zahraa’ di Batam.

Saya juga telah membina sebuah Masjid di Telaga Punggur – Batam – Indonesia. Saya namakan masjid ini Masjid Fatimah Al-Zahra’ (sempena nama ibu tercinta). Hampir keseluruhan biaya pembangunan masjid ini dari sumbangan jamaah yang saya bimbing di Malaysia. Hingga kini pembangunannya sudah melebih 70%. Insya Allah pertengahan tahun 2018 sudah digunakan untuk solat berjamaah.

  • Membentuk Pertubuhan GASMA.

Menyadari betapa pentingnya konsep ‘Amal Jama’iy” dalam berdakwah dalam menyeru kepada Al-Haq, maka pada tahun 2016 saya bersama rakan-rakan seperjuangan mula membentuk sebuah persatuan yang kami namakan dengan GASMA (Gabungan Ahlus Sunnah Wal Jamaah Malaysia. Al-Hamdulillah, usaha penggabungan NGO Al-Sunnah ini mendapat sambutan yang sangat membanggakan. Hingga kini hampir 70 (tujuh puluh)  pertubuhan Al-Sunnah Malaysia telah menggabungkan di bawah GASMA. Saya sendiri dilantik sebagai Pengerusi Majlis Syura Gasma.

Tentang Penulis
Dr. Abdullah bin Yasin
Dr. Abdullah bin Yasin
Pendidikan : BA - Pendidikan (1970) Institut Agama Islam Pekan Baru Indonesia.
LC - Dakwah Dan Usuluddin (1976) Universiti Islam Madinah Arab Saudi.
MA - Perbandingan Ilmu Fiqh (1980) Universiti Imam Mohammad Ibnu Sa'ud - Riyadh - Arab Saudi.
PhD - Islamic Study (1994) American Coasaline University New Orleans, Lousiana

Lihat Semua Tulisan Dr. Abdullah bin Yasin ›